Thursday, October 18, 2012

ReFLeKsI oLeH HaFi2aH WaHeD

Perasaan mengikuti workshop bersama Miss Elaine

Agak terkejut dengan gaya Miss Elaine conduct kelas secara workshop yang memerlukan kerja berkumpulan sepenuhnya. Sentiasa diburu perasaan ingin tahu apa aktiviti yang akan dijalankan seterusnya. Suasana kelas menjadi ceria dengan suara lantang Miss Elaine dan gerak kerja setiap kumpulan yang berusaha menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Hasil yang diperolehi daripada workshop

Apa yang saya dapati pelajaran untuk kali yang lepas adalah tentang jati diri seseorang dimana setiap pelajar perlu mengenalpasti cita-cita yang ingin dicapai pada 5 tahun akan datang. Seterusnya mengenalpasti apa halangan yang dihadapi oleh pelajar untuk mencapai cita-cita tersebut. Ini melahirkan kesedaran tentang perlunya perubahan agar cita-cita tersebut dapat dicapai. Selain itu, pelajaran ini menekankan semangat bekerjasama yang jitu dan semangat bekerja secara kumpulan yang kuat. Ketua memainkan peranan penting  dalam mengawal pergerakan kumpulan agar setiap ahli kumpulan memberi komitmen yang tinggi dan selesa sesama ahli kumpulan dengan memahami tingkahlaku mereka dengan menyenaraikan kelebihan masing-masing.

Dimana boleh dipraktikkan?

Boleh diamalkan dalam kehidupan seharian agar dapat membina peribadi yang baik disamping meningkatkan kemahiran bekerja secara kumpulan yang amat diperlukan dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.



No comments:

Post a Comment