Thursday, November 22, 2012

:. 3ND REFLEKSI pada Kelas 9 hb November 2012 .::

NAMA : NOR AZHAR BIN HJ ADUKA
NO MATRIK : IEM 110015



APA YANG TELAH SAYA PELAJARI

Pada sesi pembelajaran kali ini saya telah mempelajari tentang 9 blok yang penting dalam perancangan dalam mewujudkan sesebuah perniagaan. Saya diajarkan tentang Business Model. Didalamnya terdapat 9 elemen yang penting iaitu key partners, key activities, key resources, value propositions, customer relationships, channels, customer segments, cost structure dan revenue streams. 



APA YANG SAYA RASA

Saya berasa agak blur  bilamana di tanya akan  peranan/fungsi/konsep tiap-tiap 9 blok di dalam business model tersebut. Hal ini kerana penerangan mengenai model tersebut telah pun diterangkan pada sesi pembelajaran minggu sebelum dan saya dan rakan sejabatan tidak pula hadir ke kuliah minggu berkenaan. Hal ini disebabkan jabatan kami turut mengadakan program ceramah berkenaan Faraid pada masa yang sama. Saya berasa terkilan tidak dapat hadir ke kuliah pada minggu tersebut yang menyebabkan saya bermasalah untuk menyiapkan tugasan pada minggu lepas. mmm.. terkapai-kapai ku kelemasan ~ ~ ~




DIMANA SAYA BOLEH PRAKTIKKAN

Saya boleh mempraktikkan apa yang saya pelajari ini bilamana saya ingin menjalankan perniagaan. Hal ini akan menjadikan urusan perniagaan yang saya lakukan dapat dijalankan dengan lancar dan lebih bersistematik.



::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


NAMA: MUHAMMAD ASHRAF BIN MOHAMAD SHAHIDA
NO. MATRIK: IEM110010

WHAT HAVE I LEARNT.

Kelas bersama Miss Elaine pada 9hb November lepas banyak mengajar saya tentang selok belok dunia perniagaan. Antaranya beliau menerangkan tentang beberapa aspek peting dalam Perancangan Perniagaan atau Business Plan.
Antara elemen-elemennya ialah:



  1. Customer Segment (CS)
  2. Customer Relationships (CR)
  3. Channels (CH)
  4. Value Propositions (VP)
  5. Revenue Streams (RS)
  6. Key Resources (KR)
  7. Key Activity (KA)
  8. Key Partners (KP)
  9. Cost Structures (CS)

HOW DO I FEEL.

Saya amat berasa gembira dan teruja apabila didedahkan tentang aspek-aspek ini. Ini sedikit sebanyak akan membantu saya fokus dalam skop perniagaan ini dan lantas menjadi panduan serta pembakar semangat untuk mencapai cita-cita sebagai seorang usahawan. Semoga kelas-kelas yang akan datang saya akan memprolehi info-nfo yang lebih bermanfaat dan berguna.

WHERE/HOW I CAN APPLY

Info yang saya perolehi ini sangat membantu saya di masa hadapan dalam mencapai impian saya sebagai seorang usahawan. Semoga dengan adanya info seperti ini tidak akan membantutkan semangat saya untuk terus berusaha sehingga berjaya kelak.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nama : Muhammad Muzzammil B. Mohd Hatta
N0 Matrik : IEM110013

Apa yang telah saya pelajari

Pada kelas yang baru ini saya dapat mempelajari 9 blok dalam perancangan perniagaan.saya didedahkan dengan keadah Business Model yang memberikan gambaran sistematik.Di dalam Businees Model ini terdapat 9 blok yang sangat penting iaitu key partners,key resources, key activities, value propositions, customer relationships, channels, customer segments, cost structure dan revenue streams. 

Apa yang saya rasa

Saya berasa sangat senang dengan perkembangan diri saya kerana saya dapat meningkatkan lagi ilmu saya dalam dunia perniagaan ini.Ini akan mencerahkan peluang masa depan saya.Kita sedia maklum bahawa zaman sekarang bukan lagi zaman hanya cari kerja sahaja tetapi ia adalah zaman kita mencipta kerjaya.Antaranya kita menceburi dunia perniagaan ini.

Di mana saya boleh praktikkan

Saya boleh praktikkan perkara ini dalam kehidupan saya sebagai peniaga kecil.Saya akan membuat perancangan perniagaan bagi menghasilkan keuntungan dan mesra pelangan.Dengan ada kaedah ini juga lebih melancarkan susunan perniagaan saya.





________________________________________________________________________

Nama : NORAZMIRA BINTI MOHD ZAINAL
No Matrik : IEM110016
IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN MUAMALAT



Pada Kelas 9 hb November 2012, Miss Elaine telah memberi penerangan kepada kami berkaitan Business Model ataupun lebih dikenali dengan Perancangan Perniagaan. Kami diberi penerangan satu persatu berkaitan elemen-elemen yang perlu ada di dalam Perancangan Perniagaan kerana tugasa ketiga yang perlu kami lakukan adalah berkaitan dengan Perancangan Perniagaan.

Terdapat 9 elemen yang perlu ada di dalam Perancangan Perniagaan dan kami telah pun diberi penerangan satu persatu berkaitan dengannya. 

the nine basic blocks 



1. customer segment (CS)
2. customer relationships (CR)
3. channels (CH)
4. value propositions (VP)
5. revenue streams (RS)
6. key resources (KR)
7. key activity (KA)
8. key partners (KP)
9. cost structures (CS)


___________________________________________________________

Nama : NORKHAIRUNNISA BT ISMAIL
No Matrik : IEM110018
IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN MUAMALAT




What have you learn in the class?
Pada minggu lepas, Miss Amoebien Elaine memberi lecture dalam kelas tentang business plan. Business plan ini dapat dibahagikan kepada 9 bahagian iaitu :-

1. customer segment (CS)
2. customer relationships (CR)
3. channels (CH)
4. value propositions (VP)
5. revenue streams (RS)
6. key resources (KR)
7. key activity (KA)
8. key partners (KP)
9. cost structures (CS)

daripada business plan ini, saya dapat mengetahui maklumat yang lebih lanjut tentang business yang ingin dijalankan. Saya dapat pelajari tentang apa yang perlu ada dalam business plan ini.
Pada hari tersebut juga, kami telah diberi satu tugasan ynag berkaitan dengan perniagaan kami. Miss telah memberi penjelasan tentang elemen yang perlu kami masukkan dalam tugasan tersebut. Kami dikehendaki membuat assignment dan presentation.

How do I feel?

Saya berasa sungguh seronok pada pembelajaran minggu lepas.. Jadi,saya sangat bersemangat dan gembira belajar bersama Miss Amoebien Elaine kerana beliau memang sangat kretif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Where and how can you apply what you learnt?

Dimana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja saya boleh mengapikasikan apa yang telah saya pelajari di dalam kelas, mungkin dalam kehidupan seharian juga.











_____________________________________________________________


Nama : NORHAFIZAH BT ABDUL WAHED
No Matrik : IEM110017
IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN MUAMALAT


Perasaan menghadiri kelas Miss Elaine.

Gembira dengan ilmu baru yang diperolehi disamping terhibur dengan gelagat spontan Miss Elaine dalam mengendalikan perjalanan kelas agar sentiasa mewujudkan hubungan 2 hala walaupun kelas hari ini lebih bercorak kepada kuliah.

Apa yang saya pelajari.

Pengetahuaan tentang struktur sesebuah syarikat semakin meningkat. Saya dapat mengetahui sesuatu perniagaan perlu ade value preposition agar dapat menandingi perniagaan yang sedia ada dipasaran. Selain itu, sesebuah perniagaan terdiri daripada tiga bahagian utama seperti operation yang mempunyai tiga cabang seperti key activities, key resourses dan key partner. Bahagian kedua ialah pemasaran (marketing) yang juga terdiri daripada tiga cabang; customer segment, customer channel dan customer relationship. Akhir sekali ialah kewangan (financial) yang terdiri daripada kos dan pendapatan. Kesemua ini juga dipanggil business planning yang menjadi panduan kepada usahawan menubuhkan perniagaannya.

Dimana boleh saya praktikkan.

Ilmu ini saya boleh praktikkan apabila menubuhkan sebuah perniagaan suatu hari nanti.

________________________________________


Name            : Nazril Syazwan b Ahmad Nadzri
Matric No.   : IEM 110014



1)       What I have learnt from?

For this class, I had learnt something new even it was a little bit confusing. It was a detail plan in order to achieve a success in business. I could identify value of a product or service, marketing strategy, financial cost and also operation of services or products. This is important to make our business success and our business target is smart, measurable and measurable.

2) How do I feel?

I feel so confuse in beginning. But it is interesting because there are many thing that I could learnt. I feel so happy when I found some knowledge by asking my friends and also Miss Elaine. For this time I feel a little bit confusing but at the same time I feel happy because I gain a new knowledge.

3) Where and how I can apply what I have learnt?

For sure, these knowledge can be apply in my business plan. Actually, there are many ideas of business that I want to do, but there are no guidelines for me to run my business. By using these knowledge, I can identify about operation, marketing, financial situation, and of course, the value of my business.

_______________________________________________

                                                                     

::: TUGASAN 3 :::


PERANCANGAN PERNIAGAAN

Sasaran perniagaan :
 Skop Perniagaan ialah Perhidmatan Penghantaran Makanan (Food Delivery Services).

        Penyataan Masalah :
Mahasiswa dan mahasisiwi Universiti Malaya sukar untuk membeli makanan pada hari Sabtu dan Ahad akibat dari kekangan masa dan masalah pengangkutan. Oleh itu mereka lebih gemar memakan makanan segara pada hujung minggu.


         Segmentasi Pelanggan :
Warga Universiti Malaya iaitu kakitangan dan mahasiswa dan mahasisiwi di Universiti Malaya.

Value Proposition:
- Sistem pesanan mesra pelanggan (Facebook/Telefon).

- Pesanan dalam masa yang cepat.
- Kurang pesaing (hanya seorang individu yang menyediakan penghantaran makanan)
- Penghantaran terus ke lokasi di seluruh Universiti Malaya
- Operasi penghantaran yang sistematik mengikut Zon
- Mempunyai tenaga kerja mencukupi
- Menyediakan pelbagai pilihan makanan seperti Restoran/Kafeteria
- Kurang persaingan

Channels :
1.Banner
2.Laman web
3.Pamplet
4.Internet
5.Video
6.Promosi boot

Hubungan Pelanggan :
1.Diskaun
2.Hadiah
3.Voucher
4.Kad keahlian

Key Resourses :
1.Bank
2.Pembekal
3.Usahawan
4.Pekerja
5.Pelanggan

Key Activities

1)PERKHIDMATAN
-tiada premis
-tempahan melalui fb,twitter,blog,msg n call.
-masa operasi: sabtu n ahad (8 a.m - 12 p.m)
-manu : SARAPAN
 +nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu, mi goreng, kuew teow goreng.
 MASAKAN PANAS 
 +nasi puteh + tomyam, paprik, daging merah.
 +nasi goreng + cina, telur bungkus, ayam, paprik.
 + mi goreng, mi sup, mi tomyam, mi hailam, mi bandung, laksa, bakso.
WESTERN (sila tambah)
-kenderaan : 4 motor, 2 kereta
-sekitar kawasan UM
-masa penghantaran : 20 minit.

2)PENYELESAIAN MASALAH
-dapat membekalkan makanan kpd pelanggan.
-dapat menjimat masa pelanggan,
-dapat memberi pilihan makanan kpd pelanggan.

3)PLATFORM
-membekalkan makanan kpd warga UM
-mendapatkan menu yang ditempah drpd kafe kk 11&5.
-mewujudkan kad keahlian kesannya menggunakan printer cybercafe.







Thursday, November 8, 2012

::. KISAH KAMI .::


Miss Elaine yang kami hormati.. kami selaku ahli kumpulan 15 APK ingin memohon seribu kemaafan di atas ketidakhadiran kami semua ke kuliah Miss Elaine yang bertarikh 2 November 2012 (Jumaat) pada minggu lepas.

Hal ini kerana seluruh ahli kumpulan kami diwajibkan untuk menghadiri wacana ilmiah yang bertajuk “ PENGHAYATAN NILAI DAN ETIKA ISLAM : APLIKASI DALAM PENGURUSAN PERNIAGAAN” yang bermula dari 8.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari pada tarikh 2 November 2012.

Wacana ilmiah ilmiah ini anjuran dari Jabatan Shariah dan Pengurusan. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya . Oleh sebab kami  semua mahasiswa dan mahasiswi dari jabatan berkenaan kehadiran kami ke wacana ilmiah tersebut adalah diwajibkan.

Disebabkan ketidakhadiran kami semua ke kuliah Miss Elaine pada hari berkenaan menyebabkan kami semua tidak dapat membuat refleksi untuk sesi pembelajaran pada hari berkenaan. Kami memohon kemaafan atas kesulitan yang berlaku. :(



Thursday, November 1, 2012

:. 2ND REFLEKSI pada Kelas 19 hb Oktober 2012 .::


Kelas 19 hb Oktober

Nazril Syazwan b Ahmad Nadzri 
IEM 110014


Apa yang saya pelajari?
Saya mempelajari sesuatu yang baru mengenai aktiviti yang dilakukan. Saya pernah menjadi pelanggan juga pekerja di McDonald’s. Melalui aktiviti tersebut daapat saya simpulkan bahawa kita perlu memahami apa yang orang lain buat. Masing-masing mempunyai peranan mereka dalam memajukan sesebuah perniagaan termasuklah pelanggan. Semua pihak mempunyai salah dan kita sebagai manusia perlu saling memperbaiki kesalahan di pihak yang lain.

Apa yang saya rasa?
Saya sangat rasa teruja apabila mendengar dan melihat setiap pertuturan daripada rakan-rakan. Masing-masing cuba untuk mempertahankan kerja masing-masing. Aktiviti ini memberi peluang kepada pelajar untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan yang berlaku. Saya juga lebih dapat memahami peranan pelbagai pihak dalam industry seperti pembekal, pekerja, pelabur dan sebagainya. Kaedah ini lebih mudah untuk difahami. Saya tidak berasa tertekan dan minda saya sentiasa terbuka untuk berfikir. Paling penting, saya tidak rasa mengantuk.

Di mana saya boleh melaksanakannya?
Sudah pasti saya dapat melaksanakan ilmu ini di tempat kerja saya. Sya akan lebih memahami peranan pihak pembekal, pengurusan dan sebagainya. Sebagai contoh, saya akan mengikut prosuder yang ditetapkan oleh pengurusan agar kualiti makanan terjaga. Saya juga akan lebih teliti ketika memeriksa barangan yang tiba dari pembekal.

______________________________________________________________

APA YANG TELAH SAYA PELAJARI?

                Antara input yang telah saya sempat ‘download’  dan pelajari dalam sesi pembelajaran hasil corakan Miss Elaine kali ini ialah bilamana anda mengimpikan diri anda suatu hari nanti menjadi seorang usahawan yang ‘mantop’ ‘tip top’ lagi ‘meletop’ dan owez ‘respect by others’, antara sikap yang perlu anda ‘top up’ dalam diri anda ialah sikap bersopan santun dan inisiatif ataupun disebut oleh rakyat Ratu Elizabeth ll sebagai ‘politeness and initiative’. Sebagaimana vanilla dan coklat bersua dan menghasilkan gabungan perisa yang ‘superb’ begitulah tamsilnya sekiranya anda bersikap sopan santun dan berinisiatif. Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Miss Elaine, caranya ialah mudah iaitu dengan ‘greeting and smiling to others’. Bilamana anda bertembung, terserempak, ataupun berselisih dengan seseorang dalam perjalanan, anda hendaklah mempunyai inisiatif untuk memberi salam ataupun sekurang-kurangnya memberikan senyuman. Tatkala anda berselisih dengan seseorang lebih-lebih lagi dengan kenalan anda, janganlah anda menunjukkan muka yang masam umpama usahawan yang baru sahaja diisytihar muflis ataupun melewati orang tersebut seumpama anda melewati tiang lampu jalan ataupun model patung kedai pakaian. Lebih-lebih lagi adalah satu ‘mimpi yang ngeri’ sekiranya seseorang itu senyum kepada anda tetapi anda tidak membalasnya sebaliknya menunjukkan muka yang sangat ‘serious’ seumpama sedang mimikirkan tentang masalah dunia. 

                Selain itu, dalam sesi pembelajaran kali ini, Miss Elaine telah mengadakan satu aktiviti dimana para pelajar diagihkan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan mewakali satu jawatan tertentu dalam perusahaan Mc Donald. Miss Elaine telah mengetengahkan isu bahawasanya saham McDonald telah jatuh berikutan kenyataan artikel daripada WHO yang menyatakan makanan McDonald tidak sihat. Oleh hal yang demikian setiap kumpulan yang kononnya masing-masing mewakili pihak employees, investors, suppliers, customers, managers, and competitors diberi task untuk memikirkan punca masalah ini berlaku dan siapakah yang perlu bertanggungjawab dalam masalah ini. Secara mudah, dapat saya katakana disini, ianya seumpama aktiviti ‘tuding menuding’ saling salah menyalahkan diantara mereka. Pengajaran yang saya dapat daripada aktiviti ini ialah kita sebagai satu organisasi kita hendaklah tidak saling menuding jari sebaliknya cuba berbincang dengan semua pihak yang terlibat, bersama mengesan punca masalah berlaku, saling cuba untuk mencari jalan penyelesaian, memperbaiki kekurangan, kesilapan, kepincangan di pihak lain dan sebagainya.



APA YANG SAYA RASA?
               
                Tatkala mempertonton aksi dan mendengar lontaran hujah-hujah sahabat-sahabat yang mewakili pihak masing-masing bagi mempertahankan diri mereka daripada disalahkan pihak lain , saya berasa begitu teruja. Pelbagai idea dan bermacam-macam ‘peluru’ yang mereka gunakan bagi menghentam pihak yang laik. Saya merasakan seumpama saya sedang berada di Sidang Parlimen dan saya berasa cukup bertuah kerana pada hari tersebut tidak ada aktiviti baling kerusi ataupun objek-objek tertentu dek kerana tidak puas hati atas tohmahan atau tuduhan pihak lain.



DIMANA SAYA BOLEH PRAKTIKKAN?

                Bagi inisiatif untuk memberi salam dan senyum kepada kenalan, rakan, pensyarah, mahupun orang awam, ianya dapat saya praktikkan didalam kelas mahupun bilamana saya berselisih dengan mereka. Walaubagaimanapun, kadar ataupun tahap senyuman yang akan saya berikan itu sudah semestinya bergantung kepada jantina orang tersebut. Hal ini agar tidak berlaku ‘miss communication or miss understanding’ daripada pihak terbabit. 

                Seterusnya memeningkan kepala untuk mencari kesalahan orang lain ataupun saling menuding jari, menyalahkan pihak lain akan cuba saya kikis daripada diri saya dan cuba untuk saling memperbaiki kesilapan diri mahupun kesilapan pihak lain semasa saya dalam berpersatuan, berorganisasi dan yang sewaktu dengannya seterusnya bersama-sama mengemudi organisasi kearah kejayaan dan matlamatnya~~~~~~

NOR AZHAR BIN HJ ADUKA
IEM 110015


__________________________________________________________

Muhammad Muzzammil B. Mohd Hatta
IEM 110013


Apa yang telah saya pelajari?
Saya dapat mempelajari bagaimana untuk menjadi seorang Manager yang bersistematik kerana minggu lepas saya diletakkan dalam kumpulan Manager.Dalam kumpulan kami banyak membincangkan apakah masalah yang akan dihadapi dan apa penyelesaiannya pula.Saya juga dapat mengetahui kelemahan-kelemahan kami yang perlu saya perbaiki.Selain itu,saya dapat menerapkan nilai kemesraan dalam dunia perniagaan dengan belajar menyebut “hai!!” dan memberi hormat kepada pelanggan.

Apa yang saya rasa?
Saya rasa sangat seronok dalam kelas Miss Elaine kerana beliau akan mengajar step yang baru setiap kali kelas pada hari jumaat dan ini akan dapat mempertingkatkan kemahiran saya dalam menjadi usahawan nanti.Beliau juga suka memberi satu cabaran yang baru untuk menjadikan saya lebih kreatif,inovatif dan berkarisma.

Dimana saya boleh praktikkan?
Saya boleh praktikkan pelajaran ini dalam kerjaya saya nanti.Saya akan cuba menjadi pengurus yang sistematik,pelabur yang amanah,pengguna yang bijak dan banyak lagi.Ia akan dapat melahirkan satu kitaran perniagaan yang aman dan harmoni tanpa berlaku penipuan atau kezaliman.

_____________________________________________________________________

Muhammad Ashraf Bin Mohamad Shahida
IEM110010

What have I learned

Last class with Ms. Elaine was amazing. In that day, I learned about 6 important elements that apply on business and enhance it, such as manager, supplier, employees, competitor, investor, and customer. All these elements are really important to make sure the business is going smoothly and well develop.

How do you feel

Seriously, I'm really enjoy and entertain the way Ms. Elaine taught last class. The way she teach is really unique and wonderful. Not all of the lecturers teach like her. Besides, the technique she used was creative and makes me understand the contents of the lesson much easier. I hope all the next classes with her will become more attractive and  fantastic.

Where/ how can I apply

With all these knowledge that I have learnt that day, it will makes me to be more prepare to become an entrepreneur and businessman. It will help me to prepare all these elements before start any business and make sure all of these elements are satisfied with my service and cooperation.

__________________________________________________________________


Nama : NORAZMIRA BINTI MOHD ZAINAL
No Matrik : IEM110016
IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN MUAMALAT


Perasaan saya semasa berada di dalam kelas Miss Elaine :-

Sungguh bangga rasanya menjadi salah seorang daripada pelajar MISS ELAINE... perwatakan yang mampu menarik minat sesiapa pun menyebabkan saya tidak sabar untuk bersama-sama dengan beliau pada setiap pagi Jumaat. Beliau mempunyai cara tersendiri dalam mendidik... cara yang digunakannya sangat unik dan memberi kesan kepada setiap pelajar.. saya sendiri rasanya tidak tidak mampu menjadi seperti beliau...  beliau seorang yang sangat wonderful. 

Apa yang telah saya pelajari ?

Banyak  yang telah saya pelajari sepanjang proses pembelajaran bersama Miss Elaine pada minggu lepas. Saya telah didedahkan dengan beberapa asas di dalam bidang perniagaan dan mereka-mereka yang terlibat dalam menjayakan sesebuah perniagaan. Mereka ialah manager, supplier, employees, competitor, investor, and customer. Setiap mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan sesebuah perniagaan itu berjalan dengan lancar. 
MISS ELAINE juga telah memberi penerangan kepada kami bahawa untuk mencapai kejayaan dalam sesebuah perniagaan manager, supplier, employees, competitor, investor, and customer perlulah saling bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu masalah serta menilai kelemahan sendiri dan elakkan daripada menuding jari kepada pihak lain atas kelemahan dalam perniagaan. 

Di mana boleh saya praktikkan?

 Saya boleh aplikasikan ilmu yang saya perolehi daripada Miss Elaine di dalam kerjaya saya sekiranya saya menjadi seorang usahawan kelak. Saya juga boleh mengaplikasikan ilmu ini di dalam kehidupan saya walaupun saya tidak menjadi seorang usahawan terutamanya dalam bahagian bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu masalah serta menilai kelemahan sendiri dan elakkan daripada menuding jari kepada pihak lain atas kelemahan yang wujud.  
Miss Elaine sedikit sebanyak telah membuka minda saya untuk menjadi seseorang yang lebih baik dari sebelum ini. :) :)



_____________________________________________________________________________________________

NORKHAIRUNNISA BT ISMAIL
IEM110018 

assalamualaikum... saya NORKHAIRUNNISA BT ISMAIL ( IEM110018 ) dari Pengurusan muamalat. Saya dari Akademi pengajian Islam.Pada 12/10/12 saya telah mengikuti kls APK bersma Miss Elaine dan ini input yang saya perolehi dari kls tersebut....

Apa yang telah saya pelajari? 

Semasa di dalam kelas miss Elaine, banyak perkara yang saya pelajari antaranya ialah tentang :-

  • bagaimana sesebuah syarikat perlu mengendalikan masalah yang dihadapinya?
  • apakah halangan yang boleh menghalang sesebuah syarikat untuk berjaya ?
  • siapakah yang bertangjungjawab dalam menjayakan sesebuah syarikat?

Miss Elaine telah memberi penerangan bahawa individu-individu penting dalam sesebuah syarikat adalah seperti manager, supplier, employees, competitor, investor, and customer dan setiap daripada mereka mempunyai tanggungjawab yang besar dalam sesebuah syarikat. Bagi memastikan sesebuah syarikat itu maju, setiap indvidu ini haruslah mengenalpasti kelemahan mereka dan berusaha memperbaikinya tanpa menuding jari kepada pihak yang lain.

Apakah perasaan saya?

~ saya rasa teruja sangat mengikuti kls bersma Miss Elaine. Kami menjalankan aktiviti seolah-olah kami sebagai manager, supplier, employees, competitor, investor, and customer . Kami berusaha mempertahankan hak kami dan kedudukan kami dan saling menuding jari kepada pihak yang lain atas kelemahan yang ada tetapi akhirnya kami akui bahawa kelemahan yang wujud berpunca dari diri kami sendiri. Akiviti ini sangat menarik minat saya.


Dimana dan Bagaimana saya boleh aplikasikannya?

~modul yang telah saya pelajari akan saya aplikasikan dalam kehidupan seharian walau dimana sekalipun saya berada . Sekiranya saya menjadi seorang usahawan kelak, sudah pasti saya akan mengaplikasikan apa yang telah saya pelajari daripada modul ini. Segala masalah yang dihadapi akan diselesaikan dengan sebaik mungkin tanpa menuding jari kepada pihak yang lain.

Harapan

~saya harap dapat bagi kerjasama kepada ahli kumpulan saya dan berharap agar kump saya dpt menyiapkan asigment @ tugasan yang diberi.

________________________________________________________



Nama                 : Norhafizah Bt Abdul Wahed
No. Matrik          : IEM110017


Perasaan saya semasa berada dalam kelas Miss Elaine:
Saya semakin tertarik dengan gaya Miss Elaine mengendalikan kelas. Suasana kelas yang bersemangan dengan interaksi dua hala. Pelajar-pelajar berusaha sedaya upaya agar kumpulan mereka diiktiraf sebagai pemenang. Gembira apabila kumpulan kami dapat menjawab persoalan yang dilontarkan, berdebar apabila menunggu giliran kumpulan kami akan dihentam dan perasaan ingin tahu apakah moral value yang kami perolehi.

Apa yang saya perolehi daripada kelas yang lepas:
Kesimpulannya, saya dapat memahami peranan sebagai seorang customer, competitor, investor, employee, manager dan supplier dalam sesebuah industri atau organisasi. Apabila sesebuah organisasi menghadapi masalah, 6 pihak ini tidak boleh menunding jari kerana tidak membawa apa-apa keuntungan malah mencetuskan pertengkaran. Kesemua pihak perlu bertolak ansur dengan menilai kembali prestasi mereka sebelum ini dan mengambil pendekatan berganding bahu dengan pihak lain dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Dimana saya boleh praktikkan :
Kemahiran ini saya boleh praktikkan dalam kehidupan seharian saya dengan mengamalakan sikap tolak ansur dan bekerjasama dalam menyelesaikan masalah. Tidak perlu menunding jari apabila menghadapi masalah dan berusaha untuk memperbaiki diri agar menjadi lebih baik. Kemahiran ini juga dapat saya praktikkan sepanjang perjalanan kelas ini kerana pembelajaran kelas ini berteraskan kerja kumpulan