Thursday, October 18, 2012

Industri Makanan


Industri : Industri Makanan
Jenis Perniagaan : Ramlee Burger Sdn.Bhd
Produk yang dikeluarkan : Burger, Frankfurter Ayam dan Lembu, Koktel, Nuget, Ayam, Makanan laut, daging kisar dan lain-lain.
Masalah pertama yang dihadapi :-
Cubaan sabotaj produk keluaran Ramlee Burger
            
           Penerangan / Huraian :-

-          Produk Hotdog keluaran Ramlee Burger dikatakan  mengandungi DNA babi berikutan kenyataan Jabatan Kesihatan Kedah baru-baru ini mengenai keputusan persampelan produk franfurter lembu dengan jenama Ramly dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah Yan mengesahkan ia mengandungi DNA babi.

-          Selain itu, syarikat Ramlee Burger juga mengalami masalah  penggunaan pembungkusan bukan milik Ramly Food Processing Sdn Bhd dengan nombor batch yang tidak tepat dan pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Bukti :-


CUBAAN SABOTAJ RAMLY BURGER                         
User Rating: / 0
PoorBest
Info Pengguna
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Kasdi Ali dan Mohammad Husin

IPOH: Kumpulan Syarikat Ramly yang terkenal dengan produk daging burger Ramly menafikan sekeras-kerasnya dakwaan hot dog keluaran syarikat itu mengandungi DNA babi berikutan kenyataan Jabatan Kesihatan Kedah baru-baru ini mengenai keputusan persampelan produk franfurter lembu dengan jenama Ramly dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah Yan mengesahkan ia mengandungi DNA babi.
Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Ramly, Datuk Ramly Mokni berkata, ia adalah cubaan pihak tertentu mensabotaj syarikatnya.
Menurutnya, terdapat penggunaan pembungkusan bukan milik Ramly Food Processing Sdn Bhd dengan nombor batch yang tidak tepat dan pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu bagi mengenal pasti pihak yang melakukan sabotaj terhadap produk syarikatnya.
“Saya, isteri dan keluarga adalah pemilik 100 peratus kumpulan syarikat Ramly dan tanda niaga RAMLY. Sebagai Muslim, kami amat menitik berat soal hukum halal haram.
“Perniagaan kami sudah bertapak lebih 30 tahun dan semua kakitangan beragama Islam. Kami tidak akan sesekali melakukan perkara ditegah agama,” katanya. Beliau menegaskan, proses pembuatan produk syarikat diselia rapi Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan lain yang berkaitan bagi mengekalkan kredibiliti sebagai pembekal produk halal.
Katanya, syarikat juga mempunyai jabatan halal diketuai Mohamad Rafizie Kastor (berkelulusan dalam bidang syariah Universiti Sains Islam Malaysia) dan turut menubuhkan jawatan kuasa halal dalaman dianggotai semua jabatan terbabit dalam pemprosesan untuk mengeluarkan produk mengikut standard manual Jakim.
Sehubungan itu, Ramly memberi amaran kepada pihak yang cuba memfitnah produk Syarikat Ramly supaya memberhentikan perbuatan ini.
Jabatan Kesihatan Kedah ketika diminta membuat penjelasan perkara itu mengesahkan ada mengambil sampel terhadap produk franfurter lembu jenama Ramly untuk dianalisis.
Pengarahnya, Dr Ismail Abu Taat berkata, syarikat pengeluar yang didapati melanggar peraturan akan diminta menghentikan penjualan buat sementara.


Bukti :-


Masalah kedua yang dihadapi :-
Isu Pemilikan Pengurusan Ramlee Burger

           Penerangan / Huraian :-
-          Pemilik Ramlee Burger diberitakan menjual syarikatnya kepada pemilik baru. Isu yang dibawa ialah pemilikan seorang Usahawan berbangsa Cina yang menjadi pemilik baru Syarikat Ramly Burger Sdn. Bhd.

-          Selain itu, Syarikat Ramlee Burger Sdn. Bhd. dikatakan tidak mempunyai peluang untuk memasarkan produknya di Pasaraya Besar jika tiada campur tangan dari pemilik berbangsa Cina. Isu yang dimainkan ini memberi sedikit cabaran kepada syarikat milik Dato’ Ramly Mokni dalam usaha mengelakkan boikot dari pelanggan bumiputra.

Bukti :-

No comments:

Post a Comment