Wednesday, October 31, 2012

::. TUGASAN PADA MINGGU INI .::

1) Penyataan Masalah :
  • Dikenalpasti bahawa mahasiswa dan mahasisiwi Universiti Malaya sukar untuk membeli makanan pada hari Sabtu dan Ahad akibat dari kekangan masa dan masalah pengangkutan. Oleh itu mereka lebih gemar memakan makanan segara pada hujung minggu.
  • Melalui tinjauan awal, kami dapati mahasiswa dan mahasisiwi yang mengulangkaji di Perpustakaan Utama menghadapi kesukaran untuk mendapatkan makanan disebabkan café yang berdekatan seperti café di KPS tidak beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad.
  • Bagi mahasiswa dan mahasisiwi di Kolej Kediaman Kelapan yang mengambil pakej makanan berkala di dewan makan menghadapi masalah mendapatkan makanan pada hari Sabtu dan Ahad disebabkan dewan makan tutup.
  • Selain itu didapati mahasiswa dan mahasisiwi di setiap kolej kediaman menghadapi masalah pengangkutan untuk membeli makanan pada waktu malam terutamanya pelajar perempuan.




2) Jenis Perniagaan : Pekhidmatan

3) Skop Perniagaan : Perhidmatan Penghantaran Makanan
                          ( Food Delivery Services)
  
4) Sasaran Perniagaan :-
                   i.Sasaran pelanggan   : Warga Universiti Malaya(kakitangan dan mahasiswa/i)
                 ii. Sasaran tempat       : Perpustakaan Utama dan kolej-kolej   kediaman UM.
              iii.  Waktu operasi          : 9.00 a.m-12.00 p.m
              iv.   Jenis pengangkutan  : Motosikal.





















/
 
BORANG SOAL SELIDIK

Jantina             :     L                                          P      
Umur               : …22 tahun……..

Arahan :Sila jawab soalan di bawah dengan tandakan (/) pada ruangan yang disediakan.      

BIL
                                      SOALAN                                                                  
YA
TIDAK

1.

Adakah susah untuk mendapatkan makanan pada hujung minggu ( Sabtu & Ahad ) ?


/


2.

Adakah anda memerlukan makanan pada waktu lewat malam ?

/


3.

Sekiranya tempahan di buat secara online, adakah anda bersetuju?


/

4.

Sekiranya tempahan di buat secara sistem pesanan ringkas, adakah anda bersetuju?

/


5.

Adakah anda sanggup membayar kos penghantaran?

/


6.

Sekiranya perkhidmatan penghantaran makanan di adakan, adakah anda berminat untuk melanggan?
/






Pihak kami telah mengedarkan sebanyak 30 borang kaji selidik kepada beberapa mahasiswa dan mahasisiwi serta kakitangan Universiti Malaya... hasil yang kami dapati kesemua mereka bersetuju sekiranya perkhidmatan penghantaran makanan ini diadakan. :)



100%   Bersetuju Perkhidmatan Penghantaran Makanan di adakan.





lihat la video dari kami....

Thursday, October 18, 2012

:: REFLECTION FROM AZHAR ::



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat empunya mata yang meratapi bingkisan tulisan diri ni..




<<< Perasaan Mengikuti Kelas Miss Elaine >>>

Dub dab dub dab..jam tangan pemberian ibu tercinta menunjukkan pkul 10am.. spantas kilat jari jemari bermesra dengan sony ericson.. sms dikirim kpada saudari Mira btanyakn dimanakah kedudakan tempat duduk ahli kumpulan dan selepas dikhabarkan kedudukan seperti minggu sebelumnya, lantas bak lipas diri ini menyelinap masuk ke dewan kuliah dan duduk dengan selambanya laksana insan yg baru balik dari tandas… Kemaafan dipinta dari rakan dek kerana kelewatan..virus bangun lewat asyik menghantui jasad kebalakangan ini.. Oleh kerana kelewatan mghadirkan diri ke kuliah minggu lepas..skema jawapan yang syabagi kali ini adalah berdasarkan baki 1 jam saya bersama workshop miss. . ops.. perasaan mgikuti kelas?? Wow..fantastic!! Happening giler… and I feel like Miss is just like member or our sister. . saya tertarik dengan gaya percakapan miss dan saya berasa alangkah ruginya saya tidak mengikuti kelas dari mula..




<<< Apa Yang Dapat Dipelajari Daripada Kelas Miss Elaine >>>

Saya telah sempat mempelajari akan pentingnya communication skill yg tiptop!! Sebagaimana saya melihat toward miss yg sgt petah berbahasa inggeris mix melayu… Walaupun kadangkala “sound” or slanknya sdikit kelakar… huhu..tp itulah yang telah menjadikan suasana pembelajaran pada workshop tersebut happening giler, ceria bak astro ceria, and more interested bak menonton filem drama korea.. tak sabar menanti apa yg berlaku seterusnya.. this is the 1st kulaih or class yg mana saya rasa pengajar agak dekat dgn student.. what I mean by dekat ialah.. saya dapat lihat yg miss cuba untuk menyesuaikn diri dgn student dan mengambil kira pendapat, pandangan atau pertimbangan daripada student dalam satu cara atau kaedah pengajaran yg digunakn oleh miss.. saya tidak brasa terkongkong dan minda saya bercambah-cambah dan idea mencurah-curah laksana mencurahnya coklat keladang gandum (jadilah Cococrunch)… blablabla.. mmm.. itu je kot perasaan saya yg dapat saya ungkapkan setakat ni… 




<<< Dimana Boleh Dipraktikkan >>>

Setelah puas berfikir dan mengimaginasikan lokasi yang bersesuaian..saya berpendapat apa yang telah saya pelajari pada workshop kali ini, ianya dapat diaplikasikan dan amat penting untuk dipraktikkan bilamana saya berada dalam sesebuah organisasi. Komunikasi yang berkesan dan sikap tolak ansur, wajah yang murah dengan senyuman, sikap suka bertegur sapa, dan sikap memudahkan urusan orang lain sangat perlu dipraktikkan ketika mana kita memimpin sesebuah organisasi mahupun melibatkan diri dalam aktiviti masyarakat atau komuniti.



Empunya Diri:

****NOR AZHAR BIN HJ ADUKA****
**** IEM 110015****

Reflection from ~ Ashraf Shahida ~

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh.
Nama diberi Muhammad Ashraf bin Mohamad Shahida merupakan salah seorang penuntut Akademi Pengajian Islam dalam jurusan Syariah Pengurusan dan Muamalat tahun 2.

Apa yang telah saya pelajari.

Sewaktu mengikuti kelas Miss Elaine pada kali pertama minggu lepas, ia telah membuka mata saya tentang aspek keusahawanan. Ia sedikit sebanyak telah membantu membina keyakinan dalam diri saya untuk menjadi seorang usahawan kelak. Antara perkara yang telah dipelajari ialah melatih cara berkomunikasi, memupuk sifat kepimpinan, keyakinan diri, memperbaiki attitude dan bersikap professional dalam pekerjaan, mengurus masa dengan cekap dan tepat, serta kesanggupan menghadapi risiko sebagai usahawan.

Dimana boleh dipraktikkan.

Berdasarkan pandangan saya, ilmu-ilmu dan input yang diperolehi sangat membantu perjalanan saya untuk mencapai impian saya sebagai seorang usahawan kelak. Secara tidak langsung, ia turut banyak membantu saya meningkatkan nilai-nilai positif dalam kehidupan seharian serta membimbing saya menjadi insan yang lebih bermotivasi dan berwawasan di masa akan datang. Malah, sebagai seorang mahasiswa ia turut mambantu saya untuk memperbaiki soft skills saya ke tahap lebih memuaskan.

Harapan.

Saya berharap dengan mengikuti kelas APK sepanjang semester ini di bawah kelolaan Miss Elaine akan memberi saya input yang berguna dan membantu saya mencapai cita-cita saya sebagai seorang usahawan. Saya berharap harapan saya tidak menjadi layu, ibarat bait-bait lirik Hyper Act berjudul Harapan.

Sekian,wassalam.

Muhammad Ashraf Bin Mohamad Shahida
IEM110010

:. REFLEKSI DARI MIRA ZAINAL .:


Nama : NORAZMIRA BINTI MOHD ZAINAL
No Matrik : IEM110016
IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN MUAMALAT


Perasaan saya semasa berada di dalam kelas Miss Elaine :-

Saya berasa amat seronok semasa ketika melihat Miss Elaine mengajar kami semua. Hal ini kerana Miss Elaine seorang yang sangat bertenaga ketika mengajar. Suaranya yang lantang dapat menarik minat kami untuk memahami apa yang cuba disampaikan olehnya. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan. Antara aktivitinya adalah berkait dengan cita-cita, soft-skills dan banyak lagi.

Apa yang telah saya pelajari ?

Banyak  yang telah saya pelajari sepanjang proses pembelajaran bersama Miss Elaine. Saya sedar bahawa setiap individu perlu mempunyai keyakinan diri dan kemahiran komunikasi yang tinggi kerana keyakinan diri dan kemahiran komunikasi yang tinggi mampu menarik minat individu sepanjang kita menjalankan sebarang aktiviti.
Saya juga belajar untuk menilai setiap kelemahan yang terdapat dalam diri saya dan perlu mencari jalan untuk memperbaiki kelemahan tersebut supaya saya dapat mencapai cita-cita saya dalam masa 3 tahun ini.
 Selain itu, saya juga diperlihatkan dengan asas2 yg perlu ada sekiranya ingin menjadi seorang yang berjaya.  Antaranya ialah perlu ada kemahiran kepimpinan, kemahiran komunikasi, kreatif dan inovatif, perlu berintegriti, dan bayak lagi asas-asa yang lain.

Di mana boleh saya praktikkan?

 Saya boleh aplikasikan ilmu yang saya perolehi daripada Miss Elaine di dalam kehidua seharian saya sebagai seorang mahasiswa dan warga kolej kediaman Universiti Malaya. Sebagaimana yang kita maklum, sebagai mahasiswa kita perlulah sentiasa mempunyai keyakinan diri dan kemahiran komunikasi yang sangat tinggi. Miss Elaine sedikit sebanyak telah membuka minda saya untuk menjadi seseorang yang lebih baik dari sebelum ini. :)



Reflection From ~ Muzzamil ~


Assalamualaikum nama saya Muhammad muzzammil bin mohd hatta,pelajar tahun 2 akademi pengajian islam sesi 2012/2013.Pada jumaat yang lepas saya ada mengikuti kelas Miss Elaine.Mula2 pelajaran ini agak susah untuk saya menerima pelaksanaannya yang menggunakan sistem pembelajaran baru APK kerana sebelum ini ada praktikal Jualan tetapi setelah mengikuti kelas dengan Miss Elaine yang sangat aktif dan bersemangat cara mengajarnya.saya boleh terima cara pembelajaran sistem baru ini.
Apa yang telah saya pelajari:
Banyak yang telah saya dapat pelajari semasa kelas Miss Elaine.Antaranya saya mesti membuat tujuan ataupun cita2 saya pada 4 tahun akan datang iaitu menjadi AKAUNTAN.saya tahu setiap cita2 itu pasti ada halangannya ataupun ada kelemahan pada diri saya sendiri.Oleh itu,saya mesti merancang untuk menanganinya bagi mencapai cita2 saya.Di samping itu,saya dapat tahu bahawa setiap organisasi mesti kena buat pembahagian yang sistematik.Organisasi itu mesti ada Leadership,Entrepreneurship skills,communication interpersonal,time management dan lain2 lagi.
Dimana boleh dipraktikkan?
Saya sebagai pelajar boleh praktikkan dalam kehidupan sebagai seorang pelajar untuk mengurus perjalanan rutin harian saya bagi mencapai cita2 saya sebagai seorang AKAUTAN
Perasaan saya mengikuti kelas Miss Elaine:
Saya berasa seronok mengikuti kelas ini kerana ia mempunyai suasana yang ceria dan cara pelajarannya yang menggunakan kaedah perbincangan dan menguji minda yang hebat.
Sekian.wasalam.

Muhammad Muzzammil Bin Mohd Hatta
Pelajar tahun 2 syariah pengurusan,
IEM 110013
Ahli Kumpulan 11 APk,DK2
Group Miss Elaine

Reflection From - nOr KhaiRuNNisA IsmAiL-

assalamualaikum... saya NORKHAIRUNNISA BT ISMAIL ( IEM110018 ) dari Pengurusan muamalat. Saya dari Akademi pengajian Islam.Pada 12/10/12 saya telah mengikuti kls APK bersma Miss Elaine dan ini input yang saya perolehi dari kls tersebut....

Apa yang telah saya pelajari?

- Semasa di dalam kelas miss Elaine, banyak perkara yang saya pelajari antaranya ialah tentang :-

* apa yang saya ingin jadi pada masa 4 tahun akan datang?
* apakah halangan yang boleh menghalang saya untuk mencapai cita-cita?
* skill apa yang diperlukan untuk hadapi halangan untuk capai cita-cita?
 Miss Elaine memperkenalkan dirinya serba sedikit dan berkongsi serba sedikit tentang asas2 yg perlu ada sekiranya ingin menjadi seorang usahawan. Antaranya ialah:
~Leadership
~ Entrepreneurship skills
~ Communication Interpersonal
~ Attitude and profesional
~ Integrity
~ Self-Confidence
~ Time management (Punctuality)     


Apakah perasaan saya?

~ saya rasa gembira sangat mengikuti kls bersma Miss Elaine. Seorang pensyarah yang sangat aktif dan jarang sekali temui pensyarah sebegitu di API. Beliau mempunyai suara yang sngt lantang ,jadi saya tidak jemu serta tidak mengantok semasa belajar. 


Dimana dan Bagaimana saya boleh aplikasikannya?

~modul yang telah saya pelajari akan saya aplikasikan dalam kehidupan seharian walau dimana sekalipun saya berada . Contoh ilmu komunikasi. Komunikasi ini penting dan perlu di ambil berat. Saya ingin menjadi seorang businesswoman 1 hari nanti dan i.Allah akan saya aplikasikan ilmu keusahawan yang telah saya pelajari ini.

Harapan

~saya harap dapat bagi kerjasama kepada ahli kumpulan saya dan berharap agar kump saya dpt menyiapkan asigment @ tugasan yang diberi.