Thursday, October 18, 2012

:. REFLEKSI DARI MIRA ZAINAL .:


Nama : NORAZMIRA BINTI MOHD ZAINAL
No Matrik : IEM110016
IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN MUAMALAT


Perasaan saya semasa berada di dalam kelas Miss Elaine :-

Saya berasa amat seronok semasa ketika melihat Miss Elaine mengajar kami semua. Hal ini kerana Miss Elaine seorang yang sangat bertenaga ketika mengajar. Suaranya yang lantang dapat menarik minat kami untuk memahami apa yang cuba disampaikan olehnya. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan. Antara aktivitinya adalah berkait dengan cita-cita, soft-skills dan banyak lagi.

Apa yang telah saya pelajari ?

Banyak  yang telah saya pelajari sepanjang proses pembelajaran bersama Miss Elaine. Saya sedar bahawa setiap individu perlu mempunyai keyakinan diri dan kemahiran komunikasi yang tinggi kerana keyakinan diri dan kemahiran komunikasi yang tinggi mampu menarik minat individu sepanjang kita menjalankan sebarang aktiviti.
Saya juga belajar untuk menilai setiap kelemahan yang terdapat dalam diri saya dan perlu mencari jalan untuk memperbaiki kelemahan tersebut supaya saya dapat mencapai cita-cita saya dalam masa 3 tahun ini.
 Selain itu, saya juga diperlihatkan dengan asas2 yg perlu ada sekiranya ingin menjadi seorang yang berjaya.  Antaranya ialah perlu ada kemahiran kepimpinan, kemahiran komunikasi, kreatif dan inovatif, perlu berintegriti, dan bayak lagi asas-asa yang lain.

Di mana boleh saya praktikkan?

 Saya boleh aplikasikan ilmu yang saya perolehi daripada Miss Elaine di dalam kehidua seharian saya sebagai seorang mahasiswa dan warga kolej kediaman Universiti Malaya. Sebagaimana yang kita maklum, sebagai mahasiswa kita perlulah sentiasa mempunyai keyakinan diri dan kemahiran komunikasi yang sangat tinggi. Miss Elaine sedikit sebanyak telah membuka minda saya untuk menjadi seseorang yang lebih baik dari sebelum ini. :)



No comments:

Post a Comment