Thursday, November 1, 2012

:. 2ND REFLEKSI pada Kelas 19 hb Oktober 2012 .::


Kelas 19 hb Oktober

Nazril Syazwan b Ahmad Nadzri 
IEM 110014


Apa yang saya pelajari?
Saya mempelajari sesuatu yang baru mengenai aktiviti yang dilakukan. Saya pernah menjadi pelanggan juga pekerja di McDonald’s. Melalui aktiviti tersebut daapat saya simpulkan bahawa kita perlu memahami apa yang orang lain buat. Masing-masing mempunyai peranan mereka dalam memajukan sesebuah perniagaan termasuklah pelanggan. Semua pihak mempunyai salah dan kita sebagai manusia perlu saling memperbaiki kesalahan di pihak yang lain.

Apa yang saya rasa?
Saya sangat rasa teruja apabila mendengar dan melihat setiap pertuturan daripada rakan-rakan. Masing-masing cuba untuk mempertahankan kerja masing-masing. Aktiviti ini memberi peluang kepada pelajar untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan yang berlaku. Saya juga lebih dapat memahami peranan pelbagai pihak dalam industry seperti pembekal, pekerja, pelabur dan sebagainya. Kaedah ini lebih mudah untuk difahami. Saya tidak berasa tertekan dan minda saya sentiasa terbuka untuk berfikir. Paling penting, saya tidak rasa mengantuk.

Di mana saya boleh melaksanakannya?
Sudah pasti saya dapat melaksanakan ilmu ini di tempat kerja saya. Sya akan lebih memahami peranan pihak pembekal, pengurusan dan sebagainya. Sebagai contoh, saya akan mengikut prosuder yang ditetapkan oleh pengurusan agar kualiti makanan terjaga. Saya juga akan lebih teliti ketika memeriksa barangan yang tiba dari pembekal.

______________________________________________________________

APA YANG TELAH SAYA PELAJARI?

                Antara input yang telah saya sempat ‘download’  dan pelajari dalam sesi pembelajaran hasil corakan Miss Elaine kali ini ialah bilamana anda mengimpikan diri anda suatu hari nanti menjadi seorang usahawan yang ‘mantop’ ‘tip top’ lagi ‘meletop’ dan owez ‘respect by others’, antara sikap yang perlu anda ‘top up’ dalam diri anda ialah sikap bersopan santun dan inisiatif ataupun disebut oleh rakyat Ratu Elizabeth ll sebagai ‘politeness and initiative’. Sebagaimana vanilla dan coklat bersua dan menghasilkan gabungan perisa yang ‘superb’ begitulah tamsilnya sekiranya anda bersikap sopan santun dan berinisiatif. Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Miss Elaine, caranya ialah mudah iaitu dengan ‘greeting and smiling to others’. Bilamana anda bertembung, terserempak, ataupun berselisih dengan seseorang dalam perjalanan, anda hendaklah mempunyai inisiatif untuk memberi salam ataupun sekurang-kurangnya memberikan senyuman. Tatkala anda berselisih dengan seseorang lebih-lebih lagi dengan kenalan anda, janganlah anda menunjukkan muka yang masam umpama usahawan yang baru sahaja diisytihar muflis ataupun melewati orang tersebut seumpama anda melewati tiang lampu jalan ataupun model patung kedai pakaian. Lebih-lebih lagi adalah satu ‘mimpi yang ngeri’ sekiranya seseorang itu senyum kepada anda tetapi anda tidak membalasnya sebaliknya menunjukkan muka yang sangat ‘serious’ seumpama sedang mimikirkan tentang masalah dunia. 

                Selain itu, dalam sesi pembelajaran kali ini, Miss Elaine telah mengadakan satu aktiviti dimana para pelajar diagihkan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan mewakali satu jawatan tertentu dalam perusahaan Mc Donald. Miss Elaine telah mengetengahkan isu bahawasanya saham McDonald telah jatuh berikutan kenyataan artikel daripada WHO yang menyatakan makanan McDonald tidak sihat. Oleh hal yang demikian setiap kumpulan yang kononnya masing-masing mewakili pihak employees, investors, suppliers, customers, managers, and competitors diberi task untuk memikirkan punca masalah ini berlaku dan siapakah yang perlu bertanggungjawab dalam masalah ini. Secara mudah, dapat saya katakana disini, ianya seumpama aktiviti ‘tuding menuding’ saling salah menyalahkan diantara mereka. Pengajaran yang saya dapat daripada aktiviti ini ialah kita sebagai satu organisasi kita hendaklah tidak saling menuding jari sebaliknya cuba berbincang dengan semua pihak yang terlibat, bersama mengesan punca masalah berlaku, saling cuba untuk mencari jalan penyelesaian, memperbaiki kekurangan, kesilapan, kepincangan di pihak lain dan sebagainya.



APA YANG SAYA RASA?
               
                Tatkala mempertonton aksi dan mendengar lontaran hujah-hujah sahabat-sahabat yang mewakili pihak masing-masing bagi mempertahankan diri mereka daripada disalahkan pihak lain , saya berasa begitu teruja. Pelbagai idea dan bermacam-macam ‘peluru’ yang mereka gunakan bagi menghentam pihak yang laik. Saya merasakan seumpama saya sedang berada di Sidang Parlimen dan saya berasa cukup bertuah kerana pada hari tersebut tidak ada aktiviti baling kerusi ataupun objek-objek tertentu dek kerana tidak puas hati atas tohmahan atau tuduhan pihak lain.



DIMANA SAYA BOLEH PRAKTIKKAN?

                Bagi inisiatif untuk memberi salam dan senyum kepada kenalan, rakan, pensyarah, mahupun orang awam, ianya dapat saya praktikkan didalam kelas mahupun bilamana saya berselisih dengan mereka. Walaubagaimanapun, kadar ataupun tahap senyuman yang akan saya berikan itu sudah semestinya bergantung kepada jantina orang tersebut. Hal ini agar tidak berlaku ‘miss communication or miss understanding’ daripada pihak terbabit. 

                Seterusnya memeningkan kepala untuk mencari kesalahan orang lain ataupun saling menuding jari, menyalahkan pihak lain akan cuba saya kikis daripada diri saya dan cuba untuk saling memperbaiki kesilapan diri mahupun kesilapan pihak lain semasa saya dalam berpersatuan, berorganisasi dan yang sewaktu dengannya seterusnya bersama-sama mengemudi organisasi kearah kejayaan dan matlamatnya~~~~~~

NOR AZHAR BIN HJ ADUKA
IEM 110015


__________________________________________________________

Muhammad Muzzammil B. Mohd Hatta
IEM 110013


Apa yang telah saya pelajari?
Saya dapat mempelajari bagaimana untuk menjadi seorang Manager yang bersistematik kerana minggu lepas saya diletakkan dalam kumpulan Manager.Dalam kumpulan kami banyak membincangkan apakah masalah yang akan dihadapi dan apa penyelesaiannya pula.Saya juga dapat mengetahui kelemahan-kelemahan kami yang perlu saya perbaiki.Selain itu,saya dapat menerapkan nilai kemesraan dalam dunia perniagaan dengan belajar menyebut “hai!!” dan memberi hormat kepada pelanggan.

Apa yang saya rasa?
Saya rasa sangat seronok dalam kelas Miss Elaine kerana beliau akan mengajar step yang baru setiap kali kelas pada hari jumaat dan ini akan dapat mempertingkatkan kemahiran saya dalam menjadi usahawan nanti.Beliau juga suka memberi satu cabaran yang baru untuk menjadikan saya lebih kreatif,inovatif dan berkarisma.

Dimana saya boleh praktikkan?
Saya boleh praktikkan pelajaran ini dalam kerjaya saya nanti.Saya akan cuba menjadi pengurus yang sistematik,pelabur yang amanah,pengguna yang bijak dan banyak lagi.Ia akan dapat melahirkan satu kitaran perniagaan yang aman dan harmoni tanpa berlaku penipuan atau kezaliman.

_____________________________________________________________________

Muhammad Ashraf Bin Mohamad Shahida
IEM110010

What have I learned

Last class with Ms. Elaine was amazing. In that day, I learned about 6 important elements that apply on business and enhance it, such as manager, supplier, employees, competitor, investor, and customer. All these elements are really important to make sure the business is going smoothly and well develop.

How do you feel

Seriously, I'm really enjoy and entertain the way Ms. Elaine taught last class. The way she teach is really unique and wonderful. Not all of the lecturers teach like her. Besides, the technique she used was creative and makes me understand the contents of the lesson much easier. I hope all the next classes with her will become more attractive and  fantastic.

Where/ how can I apply

With all these knowledge that I have learnt that day, it will makes me to be more prepare to become an entrepreneur and businessman. It will help me to prepare all these elements before start any business and make sure all of these elements are satisfied with my service and cooperation.

__________________________________________________________________


Nama : NORAZMIRA BINTI MOHD ZAINAL
No Matrik : IEM110016
IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN MUAMALAT


Perasaan saya semasa berada di dalam kelas Miss Elaine :-

Sungguh bangga rasanya menjadi salah seorang daripada pelajar MISS ELAINE... perwatakan yang mampu menarik minat sesiapa pun menyebabkan saya tidak sabar untuk bersama-sama dengan beliau pada setiap pagi Jumaat. Beliau mempunyai cara tersendiri dalam mendidik... cara yang digunakannya sangat unik dan memberi kesan kepada setiap pelajar.. saya sendiri rasanya tidak tidak mampu menjadi seperti beliau...  beliau seorang yang sangat wonderful. 

Apa yang telah saya pelajari ?

Banyak  yang telah saya pelajari sepanjang proses pembelajaran bersama Miss Elaine pada minggu lepas. Saya telah didedahkan dengan beberapa asas di dalam bidang perniagaan dan mereka-mereka yang terlibat dalam menjayakan sesebuah perniagaan. Mereka ialah manager, supplier, employees, competitor, investor, and customer. Setiap mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan sesebuah perniagaan itu berjalan dengan lancar. 
MISS ELAINE juga telah memberi penerangan kepada kami bahawa untuk mencapai kejayaan dalam sesebuah perniagaan manager, supplier, employees, competitor, investor, and customer perlulah saling bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu masalah serta menilai kelemahan sendiri dan elakkan daripada menuding jari kepada pihak lain atas kelemahan dalam perniagaan. 

Di mana boleh saya praktikkan?

 Saya boleh aplikasikan ilmu yang saya perolehi daripada Miss Elaine di dalam kerjaya saya sekiranya saya menjadi seorang usahawan kelak. Saya juga boleh mengaplikasikan ilmu ini di dalam kehidupan saya walaupun saya tidak menjadi seorang usahawan terutamanya dalam bahagian bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu masalah serta menilai kelemahan sendiri dan elakkan daripada menuding jari kepada pihak lain atas kelemahan yang wujud.  
Miss Elaine sedikit sebanyak telah membuka minda saya untuk menjadi seseorang yang lebih baik dari sebelum ini. :) :)



_____________________________________________________________________________________________

NORKHAIRUNNISA BT ISMAIL
IEM110018 

assalamualaikum... saya NORKHAIRUNNISA BT ISMAIL ( IEM110018 ) dari Pengurusan muamalat. Saya dari Akademi pengajian Islam.Pada 12/10/12 saya telah mengikuti kls APK bersma Miss Elaine dan ini input yang saya perolehi dari kls tersebut....

Apa yang telah saya pelajari? 

Semasa di dalam kelas miss Elaine, banyak perkara yang saya pelajari antaranya ialah tentang :-

  • bagaimana sesebuah syarikat perlu mengendalikan masalah yang dihadapinya?
  • apakah halangan yang boleh menghalang sesebuah syarikat untuk berjaya ?
  • siapakah yang bertangjungjawab dalam menjayakan sesebuah syarikat?

Miss Elaine telah memberi penerangan bahawa individu-individu penting dalam sesebuah syarikat adalah seperti manager, supplier, employees, competitor, investor, and customer dan setiap daripada mereka mempunyai tanggungjawab yang besar dalam sesebuah syarikat. Bagi memastikan sesebuah syarikat itu maju, setiap indvidu ini haruslah mengenalpasti kelemahan mereka dan berusaha memperbaikinya tanpa menuding jari kepada pihak yang lain.

Apakah perasaan saya?

~ saya rasa teruja sangat mengikuti kls bersma Miss Elaine. Kami menjalankan aktiviti seolah-olah kami sebagai manager, supplier, employees, competitor, investor, and customer . Kami berusaha mempertahankan hak kami dan kedudukan kami dan saling menuding jari kepada pihak yang lain atas kelemahan yang ada tetapi akhirnya kami akui bahawa kelemahan yang wujud berpunca dari diri kami sendiri. Akiviti ini sangat menarik minat saya.


Dimana dan Bagaimana saya boleh aplikasikannya?

~modul yang telah saya pelajari akan saya aplikasikan dalam kehidupan seharian walau dimana sekalipun saya berada . Sekiranya saya menjadi seorang usahawan kelak, sudah pasti saya akan mengaplikasikan apa yang telah saya pelajari daripada modul ini. Segala masalah yang dihadapi akan diselesaikan dengan sebaik mungkin tanpa menuding jari kepada pihak yang lain.

Harapan

~saya harap dapat bagi kerjasama kepada ahli kumpulan saya dan berharap agar kump saya dpt menyiapkan asigment @ tugasan yang diberi.

________________________________________________________



Nama                 : Norhafizah Bt Abdul Wahed
No. Matrik          : IEM110017


Perasaan saya semasa berada dalam kelas Miss Elaine:
Saya semakin tertarik dengan gaya Miss Elaine mengendalikan kelas. Suasana kelas yang bersemangan dengan interaksi dua hala. Pelajar-pelajar berusaha sedaya upaya agar kumpulan mereka diiktiraf sebagai pemenang. Gembira apabila kumpulan kami dapat menjawab persoalan yang dilontarkan, berdebar apabila menunggu giliran kumpulan kami akan dihentam dan perasaan ingin tahu apakah moral value yang kami perolehi.

Apa yang saya perolehi daripada kelas yang lepas:
Kesimpulannya, saya dapat memahami peranan sebagai seorang customer, competitor, investor, employee, manager dan supplier dalam sesebuah industri atau organisasi. Apabila sesebuah organisasi menghadapi masalah, 6 pihak ini tidak boleh menunding jari kerana tidak membawa apa-apa keuntungan malah mencetuskan pertengkaran. Kesemua pihak perlu bertolak ansur dengan menilai kembali prestasi mereka sebelum ini dan mengambil pendekatan berganding bahu dengan pihak lain dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Dimana saya boleh praktikkan :
Kemahiran ini saya boleh praktikkan dalam kehidupan seharian saya dengan mengamalakan sikap tolak ansur dan bekerjasama dalam menyelesaikan masalah. Tidak perlu menunding jari apabila menghadapi masalah dan berusaha untuk memperbaiki diri agar menjadi lebih baik. Kemahiran ini juga dapat saya praktikkan sepanjang perjalanan kelas ini kerana pembelajaran kelas ini berteraskan kerja kumpulan

No comments:

Post a Comment